Wednesday, November 26, 2008

REFLEKSI KENDIRI

Pendahuluan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Di dalam ruangan ini penulis akan berkongsi dengan para pelawat blog ini mengenai perjalanan dan segala cabaran dalam usaha membina empat blog yang telah ditugaskan oleh penyelia kepada penulis. Penyelia bagi tugasan membina laman blog ini ialah Dr Hajah Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr Saemah Rahman. Buat pengetahuan semua, seramai 20 orang pelajar dari program pendidikan al-Quran dan Islam menyertai group ini.

Berkenaan pembinaan blog, kami ditugaskan membina sekurang-kurangnya empat blog yang perlu ditadbir. Apakah blog tersebut? Selepas ini penulis akan menceritakan berkenaan blog-blog ini dengan lebih lanjut. Tajuk utama kami untuk group latihan ilmiah ini ialah "PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN “ .

Manakala tajuk yang penulis pilih ialah PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AJARAN SESAT PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

Setakat ini dahulu untuk pendahuluan kali ini.

Proses Pemilihan Tajuk Bermula

Menyingkap perjumpaan pertama dalam kelas yang pertama, penyelia memberikan taklimat berkenaan tajuk yang harus dipilih oleh penulis dan rakan-rakan. Ketika itu timbul rasa buntu di hati penulis kerana tajuk yang penyelia mahukan lebuh berkonsepkan penghayatan dan keinsafan. Akan tetapi dengan segala penerangan yang jelas diberikan oleh penyelia, akhirnya penulis dapat mencari satu tajuk yang akan dapat menimbulkan penghayatan di hati pelajar iaitu seperti yang penulis nyatakan dalam ruangan pendahuluan tadi iatu Ajaran Sesat.

Sambil mencari bahan untuk tajuk ajaran sesat ini, penulis belajar untuk meneroka membina blog dengan bertanya kepada kawan-kawan yang lebih mahir daripada penulis. Maklumlah penulis tidak pernah membina sebarang blog sebelum ini. Jadi sudah menjadi kemestian bagi penulis untuk untuk berusaha lebih banyak daripada rakan-rakan yang lebih mahir.

Menempuh Cabaran Pertama Dalam Membina Blog

Perasaan ingin mencipta blog sendiri berkobar-kobar dalam diri penulis. Bercampur juga dalam hati ini rasa kerdil kerana pengetahuan penulis dalam membina blog sangat cetek. Boleh dikatakan lebih cetek dari air takungan di atas jalan selepas hujan. Akan tetapi penulis kuatkan semangat hilangkan rasa pengganggu itu agar tidak terus mendiami hati penulis. Proses pertama dalam membina blog, penulis telah mendaftar ‘sign up’ pada www.blogger.com dan mengisi maklumat yang diperlukan dalam borang yang telah disediakan pada laman tersebut. Setelah mendaftar masuk, penulis melihat dan meneroka laman blogger tersebut. Ketika inilah penulis banyak bertanya kepada kawan-kawan yang lain apakah tindakan yang perlu diambil seterusnya. Penulis melihat rakan-rakan lain sangat sibuk memilih template bagi melengkap dan mencantikkan blog masing-masing. Kemudian penulis mencuba untuk mencari template yang sesuai bagi blog penulis. Akhirnya dapat juga penulis memilih blog yang sesuai bagi blog penulis. Pemilihan template ini sebenarnya mengambil masa yang agak lama kerana penulis mesti memadankan dengan bahan yang hendak di letakkan di ruangan blog. Penulis meminta pandangan daripada rakan-rakan san ramai yang membantu. Inilah pentingnya melakukan pekerjaan dalam kumpulan. Terima kasih wahai sahabat-sahabat, semoag jasa kalian dibalas kebaikan oleh Allah s.w.t.

Tugasan Membina Beberapa Blog

Seperti yang penulis nyatakan dalam ruangan pendahuluan, tajuk yang penulis pilih ialah "PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AJARAN SESAT”.

Berikut ialah maklumat berkaitan tugasan yang diberikan oleh penyelia :

Sehingga tahap ini anda telah pun mempunyai tajuk dan mempunyai blog. Untuk kajian ini anda akan mempunyai sekurang-kurangnya 4 blog yang berasingan.

  1. Blog peribadi/personal (optional)
  2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatatkan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
  3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
  4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)

Apabila mendapat tugasan daripada penyelia berkenaan blog yang perlu dihasilkan, penulis mula merasa resah dan memikirkan cabaran baru telah pun bermula. Akan tetapi keadaan ini menjadi pendorong kepada penulis agar meneruskan perjuangan yang belum selesai. Penulis yakin bahawa setiap usaha yang dikerjakan ikhlas kerana Allah akan mendapat ganjaran sebaiknya daripadNya. Seterusnya pembinaan tiga lagi blog dijalankan, sekali lagi penulis ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan kerana banyak membantu. Sehingga akhirnya tiga blog selebihnya itu berjaya dihasilkan biarpun pada waktu itu tidak banyak bahan yang diisi untuk dibaca.

Mengenai Yahoogroup

ilmiah2008@yahoogroups.com merupakan emel yahoo group bagi kumpulan latihan Ilmiah ini. setiap ahli kumpulan wajib mendaftar dalam yahoogroup. Objektif utama yahoogroup adalah bagi memudahkan pelajar latihan Ilmiah ini sentiasa berkomunikasi dan mendapat maklumat penting serta saling berkongsi idea bagi menghadapi masalah berkenaan tugasan antara ahli dan juga penyelia. Antara contoh maklumat yang disampaikan oleh penyelia melalui yahoogroup iaitu:

Assalamu alaikum,

Sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda menggunakan strategi metakognitif - sila pelajari kandungan laman web Metaku:

www.cahtma.com/ metaku/index64. html

anda perlu mendaftar sebagai pengguna. seterusnya lakukan analisis kendiri. Jawab dengan tepat dan kemukakan keputusan kepada kami.

Saya beri tempoh untuk anda mempelajari maklumat tersebut dan dijadikan pengetahuan yang perlu diaplikasikan dalam kajian ini dalam tempoh seminggu dari sekarang (16 sept 08)

Saya juga menghantar kepada email sdr/i dan saudari borang penilaian penggunaan laman web Metaku sebelum 16 sept.

Penyelia meminta kami membina folder dan link bagi memudahkan beliau memantau perkembangan blog yang telah dibina. Ternyata ianya memang satu cara yang baik bagi melihat perkembangan pelajar.

Laman Metaku (http://www.3metaku.com)

METAKU adalah panduan untuk mengakses dan mempelajari bahan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia dengan mengamalkan strategi metakognitif dan memfokus kepada dua bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran dalam talian dan luar talian. Laman ini telah dibina oleh Pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM. Hal ini boleh dilihat pada hiperteks pasukan pada laman ini.

Melalui web ini penulis telah mendaftar sebagai pendaftar baru dan seterusnya mengisi maklumat pada boring yang disediakan iaitu di bahagian analisis kendiri. Beberapa bahagian yang terdapat pada ruangan ini antaranya ialah Tahap Mencari, Memilih, Menyimpan dan Mempelajari Maklumat. Tujuan utama analisis kendiri ini ialah untuk membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar apabila mereka belajar dalam persekitaran hipermedia.

Setelah mengisi borang tersebut, penulis telah meperolehi keputusan tersebut:

Keputusan Analisis Kendiri:
> Mencari maklumat :
> Memilih maklumat :
> Menyimpan maklumat :
> Mempelajari maklumat :

Setelah itu, Penulis telah mengikuti/melayari ruangan strategi metaku. Pada ruangan ini terdapat dua bahagian atau modul yang penulis pelajari iaitu modul dalam talian dan modul dalam dan luar talian. Dalam modul dalam talian, adalah untuk pelajar yang ingin mempelajari bahan secara dalam talian. Ia melibatkan proses mencari, memilih dan mempelajari bahan secara dalam talian. Modul dalam dan luar talian adalah untuk pelajar yang ingin mempelajari bahan secara dalam dan luar talian. Ia melibatkan proses mencari, memilih, menyimpan maklumat secara dalam talian dan mempelajari bahan secara luar talian. Pelbagai ilmu yang penulis dapat setelah mempelajari modul-modul tersebut. Penulis berasa bersemangat dan berminat mempelajari modul ini disebabkan isi-isi pengajaran teratur dalam bentuk peta minda dan terdapat hiperteks untuk penerangan pada setiap cabang bagi isi utama tersebut. Penerangan yang diberikan juga cukup jelas dan mudah difahami . Penulis banyak mendapat input daripada strategi metaku ini. Banyak benda baru yang penulis baru ketahui berbanding sebelumnya.

Penulis juga telah melayari ruangan pra keperluan. Terdapat beberapa bahagian yang terdapat pada ruangan ini iaitu pelayar web, enjin carian, teknik carian, dan simpanan dalam talian. Bahagian-bahagian tersebut merupakan kemahiran asas dalam mengakses dan mempelajari maklumat daripada internet. Banyak yang telah penulis pelajari dalam ruangan ini. Terdapat juga bahagian-bahagian yang telah penulis kuasai seperti bahagian enjin pencarian dan pelayar web. Manakala bahagian yang lain adalah ilmu yang baru penulis perolehi.

Terdapat beberapa kelebihan METAKU antaranya:

METAKU membantu anda mendapatkan maklumat dengan efektif dalam persekitaran pembelajaran hipermedia

Memberi panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari maklumat yang diakses dari Internet

Membantu anda meningkatkan kemahiran belajar yang diperlukan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia.

Menekankan peranan strategi metakognitif iaitu merancang, memantau dan menilai supaya maklumat yang diakses menepati kehendak, apa yang perlu dicari dan membantu menyelesaikan tugasan anda

Membimbing anda cara mensintesis maklumat yang diperolehi dari Internet untuk mengelakkan plagiarism.

Tugasan Mencari 50 Laman Web Berkaitan PNP

Tugasannya ialah ( Cari sekurang-kurangnya 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk anda sama ada dalam bahasa Melayu, indonesia dan english). Dalam proses mencari laman web ini iaitu mencari 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk penulis iaitu ‘Ajaran Sesat’ merupakan sesuatu berguna buat penulis dan kadang-kadang ianya sangat mencabar. Antara masalah yang dihadapi ialah :

  • Masalah internet slow
  • Sikap malas yang sentiasa mengganggu
  • Rumah tiada internet dan perlu ke kampus untuk mendapatkannya
  • Kurang idea dalam membina dan menambah maklumat dalam blog.
  • Kurang memahami bahasa Indonesia dan bahasa inggeris.

Penulis telah mencari laman web secara dua peringkat iaitu mencari 25 laman web dalam satu masa. Ini kerana laman web tersebut perlu diteliti dan dibaca terlebih dahulu sebelum diambil dan ianya mengambil masa yang lama. Penulis telah meletakkan alamat laman tersebut pada word dan menyimpannya dalam satu folder bagi membolehkan penulis membaca berulang kali. Dalam pencarian, penulis telah mengaplikasikan pembelajaran pada metaku iaitu bahagian pra keperluan ( enjin carian dan teknik carian ). Antara Enjin carian yang digunakan oleh penulis ialah antaranya Yahoo, google dan altavista. Selepas melakukan pencarian pada peringkat pertama, penulis meneruskan pencarian buat kali kedua iaitu 25 lagi laman web selebihnya dan akhirnya semua pencaria selesai.

Proses Mengnalisis 50 Laman Web Yang Telah Dicari

Proses menganalisis laman web merupakan satu perkara yang paling rumit bagi penulis s berbanding proses mencari laman-laman web dan ianya memerlukan penumpuan yang teliti kerana penulis mesti bersikap jujur dann adil dalam menganalisis laman-laman web tersebut. Ini kerana dalam melakukan analisis tersebut penulis perlu menilai laman web yang berkaitan dengan memberi penekenan kepada 10 kriteria pemikiran iaitu dari sudut :

1- Kejelasan

2- Ketepatan

3- Ketelitian

4- Relevan

5- Kedalaman

6- Keluasan

7- Logik

8- Kepentingan

9- Keadilan

10- Hikmah

Kemudian penulis telah membahagikan setiap kriteria tersebut kepada skala yang berikut iaitu :

1- Amat Baik

2- Baik

3- Sederhana

4- Kurang

5- Lemah

Sebenarnya proses analisis ini bukan perkara yang mudah dilakukan. Rakan-rakan penulis ramai yang menegeluh kerana ianya sangat rumit termasuklah penulis sendiri.Selepas laman web ini dianalisis ia mestilah dihuraikan berkenaan isi kandungan laman web tersebut. Begitulah sedikit sebanyak proses analisis yang telah dilakukan.

Ajaran Sesat (http://fitrahcorner.blogspot.com/)

Ajaran Sesat merupakan laman utama penulis iaitu merupakan laman PNP. Di dalam blog ini, penulis meletakkan peta konsep terlebih dahulu kemudian menceritakan berkenaan tajuk pnp penulis iaitu ajaran sesat. Bermula daripada pengertian ajaran sesat, sebab-sebab berlaku, contoh-contoh ajaran sesat dan kesan-kesan buruk ajaran sesat. Selain itu juga didalam laman ini penulis juga melampirkan berkenaan ajaran sesat yang berlaku bukan sahaja di Malaysia akan tetapi ajaran-ajaran sesat dari seluruh dunia. Lampiran-lampiran tersebut penulis mencarinya melalui rujukan buku-buku,tesis, jurnal-jurnal yang terdapat di Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM. Penulis berharap apa yang ada di ruangan ajaran sesat ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca laman ini.

Laman Analisis (http://fitrahpautan.blogspot.com)

Dalam ruangan ini penulis memuatkan jadual analisis yang dilakukan berdasarkan pencarian laman web yang berkaitan pnp. Penulis memuatkan gambar dan alamat laman-laman web yang telah dianalisis. Peringkat memasukkan jadual ke dalam post blog ini bukannya sesuatu yang susah tetapi memenatkan. Hal ini kerana penulis perlu memasukkan 50 jadual yang menunjukkan analisis telah dilakukan.bukan setakat itu, tetapi perlu dihuraikan setelah iainya dianalisis. Penulis mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan bahagian ini. Selain itu juga peratus laman web yang boleh dijadikan rujukan oleh pelajar perlu disertakan.

Laman Refleksi (http://fitrahrefleksi.blogspot.com/)

Laman ini menceritakan pahit manis semasa proses pembinaan blog secara keseluruhan. Bermula dari kali pertama perjumpaan bersama penyelia, pembinaan blog, berkenaan pencarian laman blog dan banyak lagi. Segala yang dilalui boleh dikatakan segalanya diceritakan oleh penulis dalam ruangan ini.

Fitrah Hidup (http://fitrahhidup.blogspot.com/)

Fitrah Hidup merupakan blog profil penulis. menerusi blog ini, penulis menceritakan kisah hidup penulis iaitu biodata penulis, aktiviti yang dilakukan dan banyak lagi berkenaan diri penulis. Penulis juga memuatkan gambar penulis sendiri dan gambar-ganbar rakan-rakan penulis semasa menjalankan program ilmiah. Antaranya gambar program Bakti Siswa UKM di Kemboja.

Hiasan Pada Laman Blog

Bagi penulis peringkat ini tidaklah sepenting proses yang lain, memikirkan untuk. Ini disebabkan penulis ingin mengutamakan perkara yang utama iaitu memenuhkan laman Pnp dan Laman analisis terlebih dahulu. Hiasan mengambil masa yang lama disamping memerlukam internet yang lancar. Setelah menyelesaikan perkara utama tersebut, penulis akan menghias lagi blog-blog bagi menjadikan ia kelihatan lebih cantik dan menarik. Penulis akan memasukkan video-video yang berkaitan dan membuat pautan ke laman-laman yang tertentu. Sekian Terima Kasih..

0 comments: